FORM 6 SUSAH SANGAT KE ??

Gambar seminar untuk bengkel sejarah tak silap.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera, hai guys. mcm mana adik - adik lepasan SPM macam mana dengan keputusan spm adik - adik semua ? bagi yang dapat keputusan cemerlang dalam spm sy ucapkan tahniah dan kepada adik adik yang tak dapat keputusan yg adik harapkan jangan risau.adik pon sama je mcm yg tengah tulis ni. Jangan risau life adik- adik semua tak terhenti setakat spm sahaja bila tak dapat keputusan yg hebat - hebat. anggap sahaja adik dah buat yang terbaik dan mungkin rezeki adik belum sampai lagi. Sentiasa ingat yang setiap yg berlaku tu ada hikmah disebalik semua yang terjadi tu. so Chill lah ok.
Adik kena buat beberapa perancangan selepas adik- adik semua dapat keputusan spm . Dari sekearang adik dah kena buat perancangan kemana adik nak melangkah seterusnya. kt Malaysia ni terlampau banyak ruang dan peluang cuma nak dan taknak je . kt Malaysia ni ada IPTA, IPTS kolej-kolej swasta, kolej kerajaan negeri, KPJ, kolej Sime Darby dan mcm-mcm lagi. tpi dalam postin ni sy nak ceritakan tentang tingkatan 6 sbb sy lepas spm sy jadikan tingkatan 6 sebagai pilihan sy untuk sambung pelajaran sy.

kalau nak diikutkan form 6 ni pilihan terakhirrr sekali dalam bnyak-bnyak pilihan sy, adik jngan risau saya dan ade kawan - kawan sy jugak yg jadikan tingkatan 6 ni ppilihan terakhir. sebab UTAMA dia banyak orang- orang kata tingkatan 6 ni susah and masa pembelajaran yang sangat compact untuk satu tahun setengah ( 3 semesta ).

jadi tingkatan 6 ni cara pembelajaran dia mengikut semester dan ade 3 semester saja dan matapelajaran dia ade 4 dan 5. Bagi yang legend diaorang amik 5 subjek . syarat masuk tingkatan 6.

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
    2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2019 
So nak nak diikutkan kan syarat ke tingkatan ni tak la ketat sangat. yang pwnting ade - adik semua dapat credit dalam Bahasa Melayu dan Sejarah. TAPI, kalau adik nak amik subjek cobtohnya mcm subjek ekonomi, pastikan yang mathematic/matematik tabahan adik dapat elok sikit. dan Bagi adik - adik yang nak amik subjek sains tulen, hmm make sure la result 3 serangkai tu adik dapat flying colours ok. 

Sy dulu masa tingkatan 6 saya amik 4 subjek sahaja, pengajian Am (wajib), Geografi, Sejarah, dan Bahasa Melayu. boleh dikatakan 4 subjek tu not bad dan lain dari ape yang saya belajar dekat skolah menengah dulu. setiap buku tebal dia almost mcm kamus dan korang kena habis kan silibus tu dalam 4-5 bulan sebelum final exam. dalam masa yang sama ade beberapa ujian - ujian kecil yang dijalankan oleh cikgu-cikgu dan juga PPD untuk menilai pelajar - pelajar mereka dah bersdia belum untuk berperang dengan exam diaorang.

Ok, Form 6 ni bukan kena belajar dari segi akademik sahaja, dari segi kokorikulum pon kena turut terlibat juga. Dari segi Unit Beruniform, Sukan dan juga aktiviti-aktiviti kebajikkan. Sebab dekat tingkatan 6 ni kena balance dari segi akademik dan juga kokorikulum. Tapi saya nasihatkan kalau nak berkokorikulum tu jangan sampai terabai dalam akademik Ok . Saya masa form 6 dapat mark tinggi jugak la dalam kokorikulum ( A ) haha saje nk show off :P 
nnti sy share kan gamabr sijil kokorikulum saya. sebab nnti masa interview universiti diaorang akan tanya sumbangan,atau kokorikulum korang masa dekat form 6 . sebab soalan tu soalan asas diaorang akan tanya. 

Masa first day belajar di tingkatan 6, mula-mula cikgu akan go through satu per satu slibus yang akan kita kena study and kena tekan kan. macam mana markah kokorikulum dikiri, unir beruniform dan sebagainya. selalunya masa hari orientaasi kita akan pilih nak amik pakej ape dan cikgu akan pertimbangkan pilihan subjek yg kita mohon nanti. bergantung kepada keputusan spm dan kesungguhan adik-adik untuk amik kos tersebut. jangan masa hari orientasi korang sebok cari pasangan hidup plak . nnti masa dah masuk kelas tu korang pandai pandai lah cari . jgn time hari orientasi cikgu kt depan  citer pasal pilihan subjek, korang jual pickup line. bila dah masuk kelas blur sebok salahkan orang lain. 

Masa
 
Time management sangatt sangat penting bila korang duduk dekat tingkatan 6 ni. Bagi sy masa sy sebenarnya bnyak habis di sekolah. serius sy cakap. sebab nya. masa nak siapkan assignment korang akan sama-sama dengan kawan-kawan untuk siapkan assignment korang . kadang-kadang sampai last minit pon ada bila nak siapkan  tu. pastu extra class lagi . kadang kadang habis kelas pkul 2 dan continue untuk kelas tambahan sampai 4 petang . tu baru untuk kelas tambahan . bagi yang terlibat dalam sukan? training dekat skolah pon ade. macam sy, sy main sukan pentaque. dan selalu training dengan budak sukma dekat skolah sampai lewat mahgrib pon ade . tapi alhamdulillah dapat no 3 wakil Daerah Muar hehe. tapi kalau korang pandai bahagikan msa dan merancang kan masa korang. sebenarnya banyakk ruang dan peluang dan tak terbeban pon dengan aktiviti-aktiviti tu semua. 

Tenaga 

Untuk tenaga, emm banyak tenaga digunakan terutama sekali tenaga untuk belajar, tenaga untuk ulang kaji sampai lewat malam, tenaga untuk pergi kelas tambahan, seminar dekat sekolah-sekolah dan tempat-tempat yg dianjurkan. lepas tu tenaga dalam aktiviti kokorikulum fuhh demi melangkahkan kaki ke universiti kann? kena lah berkorban sikit. nak bangun pagi-pagi tu aduu seksanyaa kann. baik tidur je lagi best betyl tak korang. kena training untuk sukan tingkatan 6. 
 
ni gamabr masa kem pengakap bersama budak aliran perdana
DUIT

Banyak ke guna duit dekat tingkatan 6 ni ? sebenarnya tak banyak pon dan bersyukur yang tingkatan ni takde yuran sampai beratus - ratus ringgit. boleh dikatan kn yuran utuk PIBG skolah, dan beberapa yuran sedikit contoh macam hari pendaftaran gitu. selain dari tu. perbelanjaan makanan korang la dekat sekolah , transport ke sekolah, buku-buku korang nanti. ok cerita pasal buku. korang boleh dapatkan buku korang di kedai-kedai buku berhampiran. tak pon nak jimat sikit beli dari senior. buku second hand. mana-mana pon oke je bergantung kepada kemampuan korang. buku pon takdela mahal mana. senaskah buku tak sampai RM 40-60 je. Pastu baju uniform korang pon kena stanby jugak . tu pon boleh je beli dari senior yg lepas - lepas .tpi emm better beli baru la nnti ade la kenangan korang dekat Form 6 tu. 
 
Class mate yg muka ngantuk,tapi ade yg tak masuk tu.
 
Nasihat sy buat adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, make sure once korang dah masuk dan korang percaya dengan tingkatan 6 ni . tetapkan hati dan terus kedepan dan jngan pandang belakang lagi. dekat dunia ni takde ape yg semudah ABC dan cendol. tak ada usaha tak ada kejayaan. dan kejayan bukan datang bergolek.maksudnya ilmu tu tak datang secara tiba - tiba kalau korang tak datang dan usaha cari ilmu tu. Form 6 sebenarnya tak susah pon. Korang kena tahu cara belajar dan kena ade team supaya korang akan sentiasa up to date dan tidak tertinggal. once korang tercicir, korang akan terlepas something. 
TENGOK HAPPY JE DEKAT TINGKTAN 6, TAKDE PON SAMPAI PECAH KEPALA STUDY HAHA

ni masa dekat Johor Bahru, untuk pertandingan drama peringkat kebangsaan .

tips.
  • Pengurusan masa 
  • penggunaan masa
  • Penetapan masa
  • Belajar berkumpulan
  • Rajin mendekat cikgu-cikgu tingkatan 6 
sy lepasan STPM 2016 DAN Alhamdulillah, sy sedang melanjutkan pengajian ke tahap sarjana muda pentadbiran perniagaan, Pengurusan operasi di UITM. Tingkatan 6 banyak mengajar sy tentang ilmu. sy rasa msa sy dekat tingkatan 6. banyak benda baru yg saya belajar dan ilmu-ilmu baru dari cikgu-cikgu sy yg berpengalaman tu. bagi sy. korang sebenarnya betul dah melangkahkan sebelah kaki ke universiti. cuma sebelah lagi tu tinggal algi sikit je USAHA yang korang  perlu. Goodluck
 
Baru lepas amik result STPM. Excited 

Comments

  1. anatara geografi dgn sejarah mane lagi senang skor

    ReplyDelete
  2. nak tanya, between perniagaan and sejarah abang prefer which one?

    ReplyDelete

Post a Comment